BUKAN AKU SENGAJA
Bukan aku sengaja
membuka pekong di dada , atau meludah ke langit
kerana aku juga sebahagian darinya
Bukan aku sengaja
bermaksud derhaka, pantang sekali pada paduka.
Namun, niat di hati untuk membela
kerana terpanggil nasihat agama
Nasib bangsamu takkan berubah
Jika kau tidak bersama
Kalau dulu harta negara dipunggah ke Eropah
Kini kapal layar, mahligai terbina
Kalau dulu penjarahnya sang penjajah
Kini penyamunnya anak bangsaku bergelar pemerintah
Pemimpin Negara
Amanah kini bisul bernanah
Ikhlasnya kini bertukar culas
Janjinya dulu,
bermerah darah demi bangsa tercinta
Tetap sama, Cuma di bibir saja
Ketika ada yang mula menyanggah
Kembalikanlah hak rakyat jelata
Kata nista, fitnah durjana, mahkamah diguna
Sehingga Jebat dan Munsyi terpenjara
Pemimpinku silih berganti,
Slogan menggunung janji nya tinggi
Namun bangsaku tetap begitu
Lesu, pilu dan tetap Melayu.
Nukilan rasa:
1Malaysia
No comments:
Post a Comment