Friday, November 27, 2009

MAAF KERNA AKU TIDAK SEPERTI MEREKA

MAAF KERNA AKU TIDAK SEPERTI MEREKA

Salam buat semua,
Maaf kerna aku tidak seperti mereka
seperti burung kakak tua
Mendendangkan salam yang senada,
yang acapkali diperkata semua
sang pemerintah dan juak-juaknya,
Salam 1 Malaysia.

Bukan aku tidak patriotik,
tapi itu bukan caraku
Bukan aku bersikap perkauman
Berbicara hanya tentang bangsaku

Jangan kau menduga
Apa yang ada di dadaku
Cintaku pada agama, bangsa dan negara
Tidak perlu aku juarakan
untuk didengar seluruh alam
Cukup bagiku berteleku di sejadah
muhasabah dan bermunajadah
Menangis merintih di malam nan syahdu
Menagih kasihku pada yang Satu

Biar dosaku sepenuh buih di lautan
Biar nodaku setinggi awan
Kerana aku cuma insan
Tidak sempurna, dibelenggu syaitan
Aku percaya janji-janjiMu Tuhan
Asalkan taubatku penuh sesalan
Selagi Tuhan aku Esakan
Pasti Allah Maha Mengampunkan

Yang aku takutkan dan lebih aku risaukan
Dosa-dosaku sesama insan
Apakah amanah telah kutunaikan
Atau kubiarkan kata tidak dikotakan
Apakah lidah ini pernah meyakitkan
Menyinggung hati-hati sesama insan
Apakah aku pernah membezakan
Darjat dan pangkat jadi ukuran
Banyak persoalan dalam fikiran
Apakah termaaf sudah
Atau bakal membawa derita dan padah
Ketika diri di alam barzakh

Biarlah hidupku diri merendah
Tiada harta aku tak gundah
Pasti aku resah dan gelisah
Kalau dosa kubawa bertimbun
Takut tak sempat memohon ampun

Kerna dosa-dosaku aku pasrah
Justeru padaMu aku berserah
PadaMu Tuhan mohon keampunan
Padamu insan mohon kemaafan.

Rintihan hati:


Wednesday, November 25, 2009

BUKAN AKU SENGAJA

BUKAN AKU SENGAJA

Bukan aku sengaja

membuka pekong di dada , atau meludah ke langit

kerana aku juga sebahagian darinya


Bukan aku sengaja

bermaksud derhaka, pantang sekali pada paduka.

Namun, niat di hati untuk membela

kerana terpanggil nasihat agama

Nasib bangsamu takkan berubah

Jika kau tidak bersama


Kalau dulu harta negara dipunggah ke Eropah

Kini kapal layar, mahligai terbina

Kalau dulu penjarahnya sang penjajah

Kini penyamunnya anak bangsaku bergelar pemerintah

Pemimpin Negara


Amanah kini bisul bernanah

Ikhlasnya kini bertukar culas

Janjinya dulu,

bermerah darah demi bangsa tercinta

Tetap sama, Cuma di bibir saja


Ketika ada yang mula menyanggah

Kembalikanlah hak rakyat jelata

Kata nista, fitnah durjana, mahkamah diguna

Sehingga Jebat dan Munsyi terpenjara


Pemimpinku silih berganti,

Slogan menggunung janji nya tinggi

Namun bangsaku tetap begitu

Lesu, pilu dan tetap Melayu.


Nukilan rasa:

1Malaysia